Plot Lelaki Harapan Dunia (filem)

Seorang bekas penyanyi profesional, Pak Awang (Wan Hanafi Su) mahu menghadiahkan sebuah rumah kepada anak perempuannya yang akan berkahwin. Akan tetapi, rumah tersebut terletak jauh di dalam hutan. Menyedari kelemahan tersebut, Pak Awang meminta bantuan seorang konsultan dan ustaz (Jalil Hamid) serta rakannya, Megat (Harun Salim Bachik) untuk mengumpulkan penduduk kampung agar membantunya memindahkan rumah itu ke bandar. Rumah tersebut yang dipanggil "Rumah Amerika" kerana dicat putih seperti White House mempunyai reputasi sebagai sebuah rumah yang dihantui, di mana perkara ini menyebabkan pembantu Pak Awang takut, walaupun mereka dengan berat hati bersetuju untuk tugas memindahkan rumah ini pada siang hari.

Di Kuala Lumpur, seorang pendatang Afrika, Solomon (Khalid Mboyelwa Hussein) telah ditangkap oleh pihak tentera ketika dia menjual tali pinggang dan jam tangan.Setelah diheret ke dalam trak, dia melarikan diri ke dalam hutan di mana dia menjumpai Rumah Amerika tersebut dan berlindung di situ. Wan (Soffi Jikan) ternampak Salomon di dalam rumah dan berfikir dia ternampak orang minyak. Semua orang menjadi yakin bahawa tempat itu dihantui oleh orang minyak dan bomoh (Hishamuddin Rais) menasihati mereka untuk menyerang. Mereka berdandan sebagai wanita untuk menarik orang minyak tersebut, namun tidak berjaya. Hal ini membuatkan penduduk kampung memikirkan orang minyak itu gay, menambahkan lagi semangat penduduk kampung untuk membunuh orang minyak tersebut.

Pak Awang yang tertekan kerana insiden yang menyelubungi Rumah Amerika itu telah melewatkan pemindahan rumah tersebut, cuba merasuah Wan untuk mengubah kenyataannya mengenai rumah itu.[4]

Berkaitan